ASSALAMUALAIKUM W.B.T
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Apa kabo iman kita hari ini? Adakah semakin mningkat atau menurun...
sma2 kite muhasabah diri kita..di mana diri kita di sisi ALLAH ketika..
Terasa macam sesuatu kelainan kerna apa yg dilakukan selama ini xdpt diteruskan
dgn istiqamah..lgi2 bagaimana tuk qiam yg sempurna..
teringat sye tntg pahlawan kita yg telah myelamatkan kota konstinopel drpd org
yahudi yg sntiasa mjdi musuh ALLAH..iaitu------SULTAN MUHAMAD AL FATEH..
sememangnya namanya sering diperkatakan oleh alim ulama ..
Kewibawaan nya sebagai seorg ketua@pemimpin sgt jelas..meskipun menangung beban
yg bnyak beliau tidak luper akn tanggungjawab nya sebagai seorang hamba ALLAH..
Semasa peristiwa pembukaan kota tersebut,,sebuah kuil yg besar telah dijadikan masjid.
Ketika itu,,baginda mencari org yg layak menjdi imam kpd beratus2 tentera..
Beliau meminta semua tenteranya berdiri..kemudian beliau bertanya kpd semua tenteranya
"sesiapa yg pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh sila duduk"..tiada seorg tentera
pun yg duduk..Jelas menunjukkan tentera2nya tidak lupe dgn tanggungjawab kpd ALLAH
walaupun dlam peperangan..kemudian beliau bertanya lagi.."sesiapa yg pernah
meninggalkan solat sunat baadiah dan qabliah sejak baligh sila duduk.."maka duduklah
sgelintirtentera..kemudian beliau menyambung lagi soalannya,"sesiapa yg pernah
meninggalkan solat malam(qiam) sejak baligh sila duduk"maka duduklah semua tentera
kecuali dirinya..
SubhanaALLAH..sungguh beliau adalah penghuni syurga..
Betapa beliau merupakan pemimpin yg baik sehingga solat malam pun tidak pernah
ditinggalkan..
Adakah kita sepertinya,yg sentiasa bermohon kpd ALLAH dikala senang dan susuh
Adakah iman kita kuat sepertinya..jika tidak kenapa tdk kita mencuba menjadi
seperti tntera nya yg taat kpd pemimpin dan ALLAH yg satu..
Jika iman kita tak seteguhnya mengapa kita tidak pernah untuk mencuba untuk
melakukannya..memang bukan mudah untuk melakukan tapi ingatlah ALLAH
sentiasa bersama kita..Oleh itu,,apa yg kita perlukan untuk berterima kasih kpdnya..
Ucapkanlah Alhamdulilah dan lakukan solat malam(qiamulaail)yg menjadi amalan
para nabi,,
cuba kita renungkan ini...alangkah Nabi kita Muhamad yg telah dijanjikan syurga
untuknya itu, sentiasa beribadat tanpa di suruh..apatah lagi kita yg hanya manusia
biasa....yg tak tahu di mana dan bagaimana kita berada kelak ,,sama ada syurga
atau neraka...tepuk dada tanyalah iman kita sendiri...
Terdapat satu cerita pendek yg boleh dijadikan pengajaran dan renungan bersama...
Seorang pekerja bangunan yg sedang sibuk dgn kerjanya . Dia malakukan tugasnya
di bahagian bwh bangunan sementara rakanya berada beberapa meter di atasnya..
Kemudian pekerja di ats ingin meminta sesuatu drpd pekerja di bwh..
Dia memanggil tpi tidak didengari kerana bunyi mesin2 yg erlalu bising..Maka
dia mengeluarkan sekeping diut syiling dan melemparkan ke bwah..Pekerja di bwh tidak
mendongak ke atas..Ketika dia melihat ada syiling di ats tanah ,dia menggambilnya
begitu saja dan memasukkan ke dalam poketnya..Pekerja di ats berasa amat kesal..
Dia sekali lagi mengeluarkan duit syiling, kaliini yg lebih bsr dan melemparkan ke
bwh.Pekerja dbwh sekalilgi tidak mendongak ke ats. Dia melihat melihat syiling
berdekatan dgnnya lalu mengambilnya .Pekerja di ats kemudian mengambil seketul
batu lalu melemparkannya ke bwh. Batu itu mengenai topi keselamatan pekerja di bwh
Setelah kejadian itu barulah pekerja di bawah itu mendongak ke ats...
Kisah ini hanya sebagai contoh untuk menunjukkan betapa manusia sering lupa
dan tidak ambil peduli ketika berurusan dgn kesenangan ,tapi segera mendongak
ke ats ketika mendapat misibah atau sesuatu yg tdk menyenangkan ..
untuk itu kita perlu ingat kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dan
persoalan hidup yg selalu kita hadapi dan rasakan dlm hidup ini...
Oleh itu mohonlah kepda Allah ketika kita susah dan senang supaya Allah sentiasa
ingat akan kita.....
jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH
tnyalah diri sendiri
Di manakah kita letak ALLAH di hati kita??...
Insya ALLAH kita akan ketahuinya nanti dan berusaha mjdikan
ALLAH sebagai sahabat kita....
YA ALLAH ,,ENGKAU PERMUDAHKANLAH AKU DAN SAUDARA2 KU
UNTUK BANGUN MALAM BERQIAMULAIL.....AMIN

No comments:
Post a Comment